Sunday, November 16, 2008

Tips Kewangan

Hi …em dah agak lama saya tak mengupdate blog saya ni…huh lately ni saya sibuk betul…kerja memang tak abis-abis...walau bagaimanapun saya sempat lagi surfing untuk menambahkan ilmu yang ada.. Jadi hari ini saya nak share dengan anda semua mengenai tip kewangan yang saya dapat dari idola saya (IK)…

1. Multiple source of income
Anda dikatakan mempunyai multiple source of income apabila anda mempunyai pelbagai punca pendapatan. Ramai jutawan yang ada dalam dunia ni mengamalkan “multiple source of income”. Sebgai contoh idola saya Irfan Khairi memperoleh pendapatan menerusi royalti buku yang ditulis beliau, yuran ceramah atau seminar yang dianjurkan, pelaburan dan royalti daripada konsep ‘ licensing’. Penyanyi tersohor negara, Dato Siti Nurhaliza juga mempunyai multiple source of income iaitu hasil dari penjualan album, bayaran persembahan dan aktiviti modeling dalam arena pengiklanan komersial.
Melalui konsep ini pendapatan kita tidak hanya tertumpu pada satu2 jenis income sahaja, jika salah satu perniagaan kita menghadapi masalah, kita masih lagi mempunyai pendapatan dari source income yang lain…jadi kadar pergantungan terhadap sesuatu perniagaan itu tidaklah 100%...(maksudnya kita ada back up)

2. Passive income
Passive income ialah pendapatan yang memerlukan kita melabur sekali sahaja, tetapi hasilnya boleh kita ambil berkali-kali… Perniagaan cara begini sangat menguntungkan kerana modal yang sedikit dapat menjana pendapatan yang berulang-ulang… Contohnya, kita beli rumah…bayarannya sekali..tapi hasilnya jika kita sewakan akan kita dapat berulang kali…. Contoh kedua menulis buku, buku yang ditulis sekali sahaja tetapi sekiranya buku itu diterbitkan berulang kali, kita akan mendapat royalti hasil penjualan buku yang kita tulis tadi setiap kali ia diterbitkan.

3. Kewangan mandiri
Kewangan mandiri hanya dapat dicapai sekiranya perbelanjaan kita kurang daripada pendapatan.. Kewangan mandiri atau financial free ini amat penting , jika tidak kita akan sentiasa mengalami keadaan tak cukup duit terutamanya bila sampai ke pertengahan bulan khususnya bagi mereka yang makan gaji dan mempunyai satu aliran pendapatan sahaja… Jadi sebaiknya kita merancang perbelanjaan kita dan pastikan apa yang dibelanjakan tidak melebihi pendapatan bulanan kita.

4. One hour check and look
Untuk mempunyai pengurusan kewangan yang baik kita hendaklah memperuntukkan masa sekurang-kurangnya selama sejam untuk kita menilai apa yang kita telah belanjakan dan melihat secara dalam mengenai aliran kewangan kita pada satu2 bulan.. Bak kata IK orang yang mempunyai pengurusan kewangan yang baik adalah mereka yang selalu memeriksa dan meneliti perbelanjaan hariannya dan merancang kewangannya untuk kemudian hari.

5. Violet Parkinson Law
Anda pernah dengar mengenai Parkinson Law? Parkinson law ni maksudnya bila gaji naik belanja pun naik… Hubungan pendapatan dan perbelanjaan adalah berkadar terus… Misalnya bila pendapatan RM 1000, kita belanja RM800…Bila gaji naik jadi RM 2000, perbelanjaan kita pun naik jadi RM 1800…..(Huh ni bahaya ni…kalo macam ni sampai bila2 pun x cukup)..Jadi sebaiknya kita jauhkanla diri daripada menjadi pengamal Parkinson Law ni… sebaiknya bila naik gaji, simpanan kita yang bertambah bukan perbelanjaan…

6. Protect family
Sekiranya kita mendapat peluang menjadi kaya, first of all kita kena secure and protect family kita… tak semestinya bila banyak duit kita kena beli kereta mewah…beli rumah mewah dan sebagainya…tetapi sebaiknya kita beli apa yang perlu..rumah biasa pun xpe (cth: rumah kos sederhana), kereta pulak kereta nasional…sebaiknya dibeli cash jika kita mampu…sekurang2nya kita dah ada tempat tinggal dan kenderaan dan perbelanjaan terbesar dalam hidup telahpun dilangsaikan… (Macam IK, duit 1 juta tu dia beli rumah biasa and kete nasional secara cash)..so apa2 jadi pun, tempat tinggal dah ada, kereta nak ke mana2 pun dah ada…

7. Menabung
Dari kecil kita dah dididik “sikit-sikit lama-lama jadi bukit” …jadi sebaiknya kita kenala menyimpan… paling baik 10% daripada pendapatan kita tu disimpan..lagi besar percentage lagi bagus… selain tu, kalau kita membeli tu sebaiknya guna duit kertas, baki syiling tu kita bolehla menabung..maksudnya baki kertas je kita guna, baki syiling kita masuk tabung..lama-lama nanti banyak la jadinya….. “tips ni berguna tau especially utk yg bujang trang tang tang tuh”

No comments: